Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
Keratan akhbar KOSMO bertarikh 26/05/09, so apalagi mari kita tengok apa hasilnya.. tapi jangan heranlah kalau masuk web kelolaan kerajaan ni, nak bukanya aje makan masa berjam sampai naik muak menunggu.. patutnya web seperti ni lebih mesra pengguna dan mudah untuk dilayari, bukannya menyusahkan pengguna..
Banding Harga 50 Barang Di Internet
PUTRAJAYA - Orang ramai kini berpeluang membuat perbandingan harga barangan tanpa perlu lagi keluar rumah pada setiap hari dengan syarat mereka mempunyai kemudahan Internet.Apa yang mereka perlu lakukan ialah klik pautan pada portal www.smartconsumer.my atau www.pricewatch.kpdnhep.gov.my untuk membuat perbandingan harga 50 jenis barangan keperluan di pasar-pasar raya besar dan pasar basah utama di seluruh negara.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kemudahan itu disediakan bagi membantu orang ramai memilih premis yang menawarkan harga lebih murah.
"Ia juga menggalakkan persaingan sihat di kalangan penjual untuk berlumba-lumba menurunkan harga barang," katanya pada pelancaran kedua-dua perkhidmatan dua portal tersebut di sini semalam.
Bagi mendapatkan input harga barang, kementerian itu menggunakan khidmat 1,600 pemantau harga di seluruh negara bagi mengemaskini data secara harian.
Antara barangan yang tersenarai ialah barangan kering, beras, bahan minuman, minyak masak, susu dan teoung,
Langkah 1 : Masuk www.smartconsumer.my dan akan terpapar page seperti di bawah, kalau error tu korang pandai2 lah cuba sekali lagi.. bukan error sebab salah address, tapi error sebab kesesakan talian sebab traffic atau memang x mesra pengguna langsung web ni..
Langkah 2 : Klik pada PRICE WATCH yang aku dah boldkan dengan kotak merah pada gambar di atas, kemudian akan terpapar kandungan yang berikut..
Langkah 3 : Klik pada MASUK yang aku dah boldkan dengan kotak merah pada gambar di atas, kemudian akan terpapar kandungan Menu Utama..
Langkah 4 : Klik pada Semakan Harga yang aku dah boldkan dengan kotak merah pada gambar di atas, kemudian akan terpapar kandungan Menu Semakan Harga.. kemudian web memaparkan gambar peta semenanjung Malaysia mengikut negeri, setiapnya di tanda dengan jarum dan korang boleh pilih..
Langkah 5 : Aku memilih lokasi aku kat negeri Selangor, jadi akan terpapar seperti menu di bawah.. kemudian boleh pilih daerah mana berdekataan korang, aku pula memilih Shah Alam sebab Klang x de dalam senarai, haha..
Langkah 6 : Kemudian terpapar ruangan pilihan untuk Kategori Barang, aku pilih Ayam seperti aku dah boldkan di bawah.. akan terpapar pula ruangan ayam pada sebelah paling kanan dan seperti yang aku boldkan dalam kotak merah, kemudian tekan button paling bawah..
Langkah 7 : Berikut adalah hasilnya, haha lawak betul lah.. sebab belum ada rekod lagi, promote kat paper iya2 sangat.. tapi tu mungkin di Shah Alam kot, aku cuba pula pilih untuk daerah lain di Selangor, tunggu..
Langkah 8 : Aku ulang semula Langkah 6, tapi kali ni aku tukar ruangan Daerah sebelum ni Shah Alam jadi SEMUA Daerah, huhu.. lebih senang, x perlu aku nak cuba berkali2 untuk setiap daerah yang ada..
Langkah 9 : Hasilnya, haha memang mengecewakan.. rupanya baru nak diaplikasikan dan belum ada sebarang update pun di lakukan, kalau ikut laporan akhbar bukan main lagi memudahkan la ape lah kononnya..
"Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kemudahan itu disediakan bagi membantu orang ramai memilih premis yang menawarkan harga lebih murah".. tapi masalahnya pakcik menteri oi, apa portal web korang ni x update2 lagi..
Promote bukan main gah, siap kata dah boleh dilayari dan mula membandingkan harga 50 barang di hampir banyak tempat seperti di pasaraya, pasar, hypermarket dan macam2 lagi lah.. dari Shah Alam, aku pilih *SEMUA Daerah* tapi hasilnya tetap kosong juga..
P/S : Bukan menyenangkan tapi lagi menyusahkan adalah, dah la nak loading tunggu setengah jam.. menderita jiwa raga, haha..





3 komen:
memang kerajaan terkenal dengan perkara tu.. LAMBAT..
Nasib baik perkhidmatan kerajaan kat LUMUT amat memuaskan.. harap dapat dikekalkan..
To naqiubex,
Hari ni aku masuk lagi tengok, cisss memang belum update lagi lah.. lembab gile service, iklannya 1 Malaysia dah tau..
aku ada terjumpa website ni.. nampaknya macam laju, tapi entah tengah under construction kot..
kalau kategorinya lagi banyak lagi ok kot.. http://rikiharga.com
Catat Ulasan