Rabu minggu lepas, kakak dan abang ipar aku mengajak aku dan member makan2 kat luar.. sebab abang ipar aku baru je balik outstation dari Indonesia dan sebelum bertolak ke Sofia, Bulgaria teringin nak makan siput poh pahat.. tempat pilihan kali ni adalah sekitar Pelabuhan Klang, sebab kawasan di sebelah barat Klang tersebut terdapat banyak restoran yang menyajikan makanan laut..
Bertolak dari rumah jam 7.30pm, dan sampai ke destinasi sekitar jam 8.00pm.. sejujurnya ini adalah kali ke-3 aku pergi ke restoran ni, tapi kali terakhir aku menjamu selera di sini adalah sekitar bulan april awal tahun lalu.. parking kereta senang di perolehi sebab pihak restoran menyediakan parking khas buat memudahkan pengunjungnya untuk menjamu selera ke sini..
Makanan lautnya juga segar, pengunjung di beri pilihan untuk memilih sendiri size dan jenis makanan laut yang dikehendaki dan juga jenis masakan yang di gemari.. terdapat lebih 20 jenis makanan laut boleh didapat di sini, walaupun kitorang pergi bukan waktu hujung minggu.. pelanggan pon x ramai malam tu, mungkin juga disebabkan pertengahan minggu dan di pertengahan bulan..
Disebabkan pelanggan x berapa ramai, dalam masa 15 minit sahaja semua menu yang ditempah sudah dihidang.. disebabkan kali ni pergi ke restoran makanan laut, banyaknya jenis masakan yang di pilih adalah dari jenis kering, pedas dan berkuah pekat untuk merasai kesegaran makanan laut sebenar di sini..
Jambatan Ke Restoran
Pilih Makanan Laut
Kawasan Yang Luas
Nama :- Restoran Lotus, Makanan Laut & Ikan BakarLokasi :- Tanjung Harapan, 42000, Port Klang, Selangor
Cuisine :- Makanan Laut, Masakan Melayu, Masakan Ala Thai
Menu Pilihan :- 4 Orang
Harga Lauk Sahaja - RM120.50
Nasi Kukus
Menggunakan beras biasa tapi rasanya enak sebab nasinya dimasak secara kukus, untuk makan seramai 4 orang disediakan sedulang nasi yang boleh menampung seramai 6 orang makan.. memang berbaloi kan, x perlu la nak order nasi berkali2 macam sesetengah restoran.

Fried Kerapu with Spicy Thai Sauce
4 Bintang..!, memang berbaloi, huhu.. kesegaran ikan usah pertikaikan lagu, walaupun di goreng rangup tapi rasa kesegaran tu boleh terasa.. kebiasaannya aku makan ikan siakap, kali ni mencuba ikan kerapu plak.. memang kerapu lebih sedap dan lemak, tapi harganya juga sedikit mahal berbanding ikan2 lain.. kalau datang dengan anak2, jangan order menu spicy, tau2 la masakan melayu cili apinye aje dah segenggam, haha.

Spicy Poh Pahat with Chili Padi
4 Bintang..!, para penggemar poh pahat jangan lupa order menu exotic ni.. sedikit pedas dan rasa masin, x sesuai di ratah tapi sesuai di makan dengan nasi.. aku rasa lebih 30 biji cili api ada kat dalam masakan ni, huhu.. tapi memang berjaya membuatkan aku kecur liur, walaupun tengok gambar ni je, haha.. aku baru 3 kali makan poh pahat ni, paling sedap aku pernah makan di sebuah restoran laut di Pulau Carey.

Spicy Thai Crab - 2 Ekor
5 Bintang..!, ketamlah makanan laut aku paling gemari, haha.. ketam masak pedas thai, memang mennyelerakan.. yang paling best isi ketam tu penuh, memang la puas dapat makan ketam ni sampai ke cengkerang aku hirup, huhu.. aromanya juga sedap tapi ada bau pedas, rasanya jenis masakan spicy x sesuai untuk tempahan kalau makan seisi keluarga.

Fried Prawn with Curry Leaf
3.5 Bintang..!, yummy, aroma pun sedap sebab digoreng bersama daun kari.. memang terasa kesegaran udang, walaupun digoreng dengan sedikit cili api.. walaupun ada cili api tapi x de le pedas sangat, boleh la order untuk dimakan seisi keluarga.. udangnya x digoreng ranggup, mungkin supaya kesegaran udang tu terpelihara.. tapi kalau compare dengan restoran lain untuk masakan udang seumpama ini, ia kalah dalam liganya.

Broccoli with Mushroom in Oyster Sauce 5 Bintang..!, sedap, segar dan menyelerakan.. aku rekomen kat korang semua untuk mencubanya, pasti x menyesal.. sayur brokoli dan cendawan segar di masak dengan sos tiram dan sedikit cebisan tiram memang 1st class menu, seperti hidangan di hotel 5 bintang.

ABC Special - RM 4.00
Watermelon Juice - RM 10.00 (2 Gelas)
Orange Juice - RM 5.00
Lychee - RM 5.00
2.5 Bintang..!,
air minumannya terlalu mahal sekitar rm5 untuk segelas air pelbagai jenis.. tapi rasa air buah2nya segar kalau nak di bandingkan dengan restoran lain yang pernah aku kunjungi.. tapi rasanya kurang berbaloi untuk membayar harga semahal ini untuk segelas air sahaja.

Harga :- RM 144.50
Penilaian :-
..........Makanan : 4 Bintang
..........Tempat : 4 Bintang
..........Service : 3.5 Bintang
..........Harga/Rasa : 4 Bintang
Keseluruhan : 4 Bintang