Assalamualaikum & Salam Sejahtera...!
Universiti Nevada-Reno baru2 ini telah menyiarkan foto menunjukkan seorang ahli biologi dari Amerika Syarikat iaitu Zeb Hogan, bergambar dengan seekor ikan pari gergasi... pari gergasi sungai Mekong ini telah berjaya ditangkap oleh 2 orang nelayan Kemboja dekat Kratie pada bulan April yang lalu...
Hogan yang berusia 34 tahun, telah mengunjungi kawasan itu selepas mendengar cerita penduduk setempat mengenai penangkapan pari gergasi di sungai tersebut... ikan pari seberat 440 kilogram dan selebar 4.2 meter ini adalah lebih besar berbanding ikan keli gergasi Mekong yang memegang rekod dunia dengan berat 293 kilogram...
Lebih memeningkan para saintis, bagaimana seekor pari gergasi yang seberat 1/2 tan ini dapat menyesuaikan dan mengelakkan diri dari pandangan penduduk setempat yang menghuni sepanjang sungai Mekong selama ini... para saintis juga tidak dapat membuktikan berapakan usia sebenar ikan pari ini, kerana kita sudah maklum yg pari jenis air tawar adalah bersaiz kecil berbanding di air masin...
Walaubagaimanapun penduduk setempat masih percaya masih terdapat haiwan gergasi yang lebih besar berbanding pari gergasi ini, ianya juga diakui sendiri oleh Hogan melalui kajian dan cerita2 lisan yang didengarnya dari beberapa buah negara yang dihubungkan oleh sungai ini... sungai Mekong adalah sungai ke-10 terbesar dan terpanjang di dunia, ianya merangkumi 7 buah negara di Asia Timur & Asia Tenggara...
Gambar 1 : Peta Sungai Mekong
Mengalir dari Tibet sehinggalah ke Thailand.

Panjangnya 4880 km dan lembangan sngai Mekong seluas 812,000 km persegi, mengalir dari Dataran Tibet di utara mengalir melalui Yunnan di China, Myanmar, Thailand, Laos, Kemboja dan Vietnam... di sungai inilah juga dulu kononnya askar Amerika telah berjaya menangkap seekor ikan persis seekor Naga "Dragon" semasa berlangsungnya perang di Vietnam dulu...
Gambar 2 : Sungai Mekong
Panorama sebenar sungai Mekong di Laos.

Misteri penemuan ikan pari gergasi seberat hampir 1/2 tan ini membuktikan lagi yang khazanah sungai Mekong ini masih utuh menyimpan dan memelihara 1001 rahsianya... nescaya akan ada lagi penemuan2 yang menakjubkan dari sungai tua ini, hanya masa dan waktu yang akan menentukannya kelak...
P/S : Sebut pasal sungai Mekong, teringat subjek geografi tingkatan 1 dulu2... pastu teringat subjek sejarah pasal Angkor Wat, lahirnya tamadun dari sungai Mekong yang menjadi nadi perhubungan dan ekonomi...