
Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
Percaya tak yang semua gambar korang tengah tengok ni adalah lukisan semata2, ianya dihasilkan dari cat warna air (water color) yang biasa kita gunakan semasa zaman2 sekolah menengah dulu... ianya dihasilkan oleh pelukis tersohor Steve Hanks yang pernah diisytiharkan sebagai pelukis ke-6 terbaik di Amerika Syarikat, tetapi kemudiannya diangkat sebagai pelukis terbaik yang menghasilkan "Arca Hidup"...
Lukisannya sangat detail sehinggakan kita tidak dapat membezakan samada lukisan itu adalah realiti ataupun sekadar arca, tapi apa yang pasti arca ini sangat tinggi nilainya di dalam pasaran dunia lukisan dan berada di kedudukan teratas dalam kelasnya tersendiri di dalam kumpulan "Real Painting" untuk meninggalkan pesaing2nya yg lain...
Manusia diangkat sebagai objek utama juga dihasilkan dengan begitu sempurna, dari rambut hingga ke kaki kemudian sampailah ke pakaian semuanya begitu rapi dan teratur... latar belakang yang dipilih juga begitu hidup sekali, dari riak air tasik yang berkocak hinggalah buih2 air di pesisiran pantai... ianya dilakarkan dengan begitu indah, terhasil dari ilham yang sungguh berseni seperti mempunyai "gaia"...
Melihatkan gambar2 yang cantik dan indah ini, mengingatkan aku pada zaman2 sekolah menengah dahulu... pendidikan seni adalah subjek wajib diajarkan untuk pelajar tingkatan 1 hingga 3, walaupun subjek ini tidak ada dalam senarai peperiksaan PMR... pada ketika inilah aku boleh melihat beberapa rakan sekolahku yang sangat berbakat di dalam lukisan, aku sangat kagum melihat lukisan2 mereka yang sangat cantik dan sllu mendapat pujian rakan dan juga guru...
Tapi ketika itu corak sistem pendidikan yang tertutup, telah menyekat langsung kemahiran dan kreativiti mereka... kerana pada masa dulu sekiranya memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR, secara meritnya layak masuk ke kelas aliran sains... pelajar2 ini semuanya tidak dibenarkan mengambil subjek pendidikan seni, sebaliknya lebih fokus kepada subjek2 sains seperti, fizik, kimia dan biologi yang lebih bersesuaian dan wajib diikuti...
Secara tidak langsung kreativiti dan kemahiran mereka selama ini terkubur macam tu sahaja, salah satu sebab adalah kerana dikatakan menjadi seorang pelukis ini tidak mendatangkan hasil dan hanyalah perkerjaan sia-sia... tapi sekiranya bakat2 seperti mereka ini dicungkil dan digilap, nescaya sekarang ini Malaysia telah melahirkan seorang pelukis yang handal dan lebih berkreativiti dalam berkarya...
P/S : Teringat pesanan orang tua2 dulu, jangan lukis muka sendiri... pastu jangan beli patung besar2 nanti mintak nyawa (roh)... pernah dengar gak orang kate lukis muka orang adalah haram, betul ke?...
Isnin, Jun 30, 2008
Percayalah Ini Adalah Lukisan...!
Rabu, Jun 25, 2008
Stripes Iceberg Yang Menakjubkan...!
Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
Ini adalah gambar iceberg yang telah ditemui oleh sepasukan saintis barat di sepanjang lautan antartika, ianya adalah salah satu dr ekspedisi jelajah yang dijalankan oleh mereka untuk mengetahui sejauh mana impak pemanasan global di antartika... memang menakjubkan apabila mereka menemukan bongkah2 iceberg yang mempunyai stripes (garisan atau belang), tapi yang paling menakjubkan ianya mempunyai warna dan stripe yang berbeza dalam 1 bongkah iceberg yang sama...
Stripes bewarna hijau, coklat dah hitam kelihatan dari jauh.

Kelihatan stripes bewarna coklat seperti batu marmar.

Selepas icebegs tergelincir maka stipes akan terhasil.

Dikatakan stripes iceberg ini terjadi akibat dari lapisan ais yang bertindak balas kepada situasi yang berbeza2, contohnya stripes biru adalah terhasil apabila air yang cair yang tiba2 membeku dengan cepat sehingga tiada buih langsung terhasil... tapi apabila iceberg yang besar warna biru pecah dah mengelongsor ke dalam laut, maka lapisan air laut boleh membeku pada baris lain pada iceberg yang baru tercipta...
Sekiranya air laut mengandungi alga, maka akan terhasilah stipes warna hijau pada iceberg yang baru tercipta... manakala belang coklat, hitam dan kuning adalah disebabkan oleh sendiment yang diperolehi iceberg semasa meluncur jatuh dari apa2 permukaan semasa tergelincir ke dalam laut... stripes yang terhasil adalah seni misteri lautan yang tidak terungkai, akhirnya dengan kemahiran, kebijaksanaan dibantu dengan teknologi canggih akhirnya misteri ini terungkap jua...
P/S : Cerita pasal iceberg ni, teringat aku kat filem Titanic...
Jumaat, Jun 20, 2008
Gambar Kapal Terbang Meletup...!
Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
Ini adalah gambar yang berjaya diperolehi selepas kapal terbang B737 meletup di udara pada ketinggian 35,ooo kaki dari aras laut, sebelum ianya menjunam jatuh ke daratan di benua Amerika Selatan... ianya telah terhempas di tengah hutan Amazon, Brazil dan semua penumpang dan juga anak kapal telah terbunuh di dalam tragedi yang menyayat hati ini...
2 keping gambar ini telah diperolehi daripada sebuah kamera salah seorang penumpang kapal nahas tersebut, kamera tersebut telah rosak tetapi memori kad (memory stick) masih boleh berfungsi dan berada dalam keadaan baik... para penyiasat percaya yang gambar ini telah di ambil oleh salah seorang mangsa nahas sewaktu kapal tersebut hampir2 menjunam ke daratan, dikuatkan lagi dengan bukti kepala dan ekor kapal terbang telah terputus 2...
Kelihatan semua penumpang mendapatkan bantuan corong bantuan pernafasan.
Akibatkan tarikan & tekanan udara luar, kelihatan seorang penumpang tercampak.
Perhatikan pada gambar di atas, pada gambar 1 kelihatan kapal terbang tersebut telah terputus 2 dan ianya telah tinggal separuh sahaja... gambar ini dipercayai di ambil sewaktu di awal letupan berlaku, kemudian anda perhatikan pada lelaki yang berada di kerusi tengah tersebut... pada gambar 2 ini kelihatan lelaki tersebut di tarik angin bersama2 tempat duduknya akibat tekanan udara di luar kapal terbang yang kuat...
Terfikir juga aku apakah yang diharapkan lagi oleh penumpang2 ini saat ajal menjemput mereka, apakah yang bersarang di pikiran mereka... terpapar pada wajah mereka riak kesedihan dan terkejut, dan ada juga yang x dapat menahan sedih lalu menangis... mungkinkah mereka masih mengharapkan keajaiban untuk terus hidup, ataupun mereka sudah menyerah kalah dan hanya mengharapkan pada takdir...
P/S : Sentiasa berdoa sewaktu menaiki kenderaan x kira la motorsikal, kereta, bas maupun kapal terbang, agar selamat pergi dan selamat kembali...
Rabu, Jun 18, 2008
Adakah Kurus Itu Cantik...!
Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
Seperti sudah jadi kebiasaan dan lumrah manusia, menganggap kurus itu adalah cantik dan gemuk itu adalah hodoh... begitulah tanggapan zaman berzaman dari dahulu hinggalah sekarang, hinggakan ada gurindam, ungkapan maupun pantun2 lama yang berbentuk sinis kepada mereka yang berbadan gemuk atau ayat lembutnya gempal...
Tapi bagaimana pula dengan orang yang terlalu kurus, adakah golongan mereka ini boleh dikatakan cantik dan lawa... di barat contohnya, model2 sanggup berlapar untuk mendapatkan bentuk badan seperti papan lapis... dipercayai sudah menjadi trend terkini, dimana di dalam setiap pertunjukan fesyen dianjurkan diwajibkan menyelitkan seorang model yang unik seperti "Model Playwood" ini...
Apakah diet yang diamalkan oleh model2 ini sehinggakan mereka memperolehi bentuk badan seperti ini, mesti kita semua tertanya2 kan... melalui pembacaan aku, mereka hanya memakan pil2 kesihatan dan juga tonik bervitamin di dalam diet mereka... adakah anda juga berpikiran seperti mereka2 ini, sanggup berbuat demikian untuk memperolehi bentuk badan seperti ini yang kononnya cantik...
Berbalik pada resam dan kebudayaan kita di Malaysia dan Nusantara dan juga mungkin di Asia, cantik itu mestilah menyeluruh dari luaran dan dalamannya... sampaikan ada ungkapan lama menyebut "tak guna kalau muka cantik, tapi hatinya busuk" dan "harapkan muka saja yang lawa, perangai macam setan"... itulah ungkapan biasa yang kita dengar, samada di dalam drama maupun di sekeliling kehidupan kita...
Begitulah resam kita yang wajar di terokai dan diamati, kecantikan itu lahirnya dari hakiki, hati dan jiwa yang bersih... cantik dalaman adalah ibu segala kecantikan walaupun ianya tersirat dari wajah yang tersurat, kerana cantik dalaman adalah berbentuk hakiki manakala luaran hanyalah berbentuk sementara sahaja... ianya perlulah seiring jika mahukan kecantikan azali...
P/S : Takut nengok pic ni, dah macam mayat idup plak... berusaha gigih turunkan berat badan skarang ni, huhuhu...
Rabu, Jun 11, 2008
Misteri Ikan Bergigi Tajam...!
Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
Semua sedia maklum yang setiap daratan di bumi ini di kelilingi oleh lautan, dan lautan merangkumi lebih 70% dari keluasan bumi... sedangkan keluasan daratan yang hanya 1/3 ini pun masih banyak yg belum diterokai, setiap tahun banyak penemuan baru direkodkan melibatkan lebih ribuan jenis tumbuhan dan haiwan di daratan... maka tidak hairanlah laut yg luas ini menyimpan khazanah ribuan mungkin jutaan ciptaan tuhan yang belum di temui dan direkodkan...
Tahun ini sahaja banyak penemuan spesis ikan yang pelik dan ganjil di rekodkan, tapi cukuplah aku sekadar menyenaraikan 5 jenis ikan pelik yang mempunyai gigi taring yang tajam seumpama pisau cukur... sebelum ini kita telah biasa dimomokan dengan cerita ikan jerung yang ganas dan direkodkan pernah menyerang manusia, tetapi mengikut saintis ada ratusan ikan seperti jerung yang mempunyai gigi tajam yang boleh mencederakan manusia lebih buas berbanding jerung...
Berikut adalah 5 keping gambar ikan bergigi tajam yang direkodkan penemuannya sekitar pada tahun 2007 dan awal 2008 baru2 ini, dan kesemuanya menghuni dunia dasar lautan sedalam lebih 500 meter... aku percaya tiap tahun akan ada penemuan2 terbaru dari dunia dasar laut ini, di tambah lagi dengan bantuan peralatan canggih dan berteknologi kini...
Top 1 : Goliath Tigerfish
Sinopsis - Di ketegorikan dalam kumpulan jerung.
Sinopis - Menghuni dasar laut dalam.
Top 4 : Lamprey
Sinopsis - Menghuni dasar laut dalam lebih 1km.
Sinopsis - Gigi 3 inci panjang dari spesis jerung.
Terus terang aku katakan yang aku sebenarnya menunggu cerita yang lebih menarik. mengemparkan dan lebih misteri dari kajian dasar laut ini, contohnya seperti raksasa laut yang menjadi cerita mulut dan bertulis yang direkodkan dari abad ke abad... dan mungkinkah ada makhluk di dunia ini yang lebih besar dari paus?, di dalam perut khazanah laut yang luas, misteri lagi tua ini semuanya adalah tidak mustahil belaka...
P/S : Masih percaya cerita pedagang2 dulu mengenai raksasa laut dan misteri kisah lautan yang direkodkan oleh mereka, walaupun belum ada pembuktian sampai ke hari ini... pasal duyung tu aku no komen je, hahaha...
Khamis, Jun 05, 2008
Kenaikan Harga Minyak...!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
Berkuatkuasa jam 12 tgh mlm tadi, harga petrol dinaikkan sebanyak 78 sen iaitu kenaikan tertinggi dalam sejarah Malaysia, dan menjadikan harga baru RM2.70 seliter berbanding RM1.92 seliter sebelum ni...harga baru diesel pula ialah RM2.58 seliter, naik mendadak sebanyak RM1 berbanding harga lama RM1.58 sen seliter...kali terakhir diesel dan petrol dinaikkan pada 28 Februari 2006 yang hanya membabitkan kenaikan 30 sen seliter bagi kedua-dua bahan api tersebut...
Semua blog dan website dah cerita pasal kenaikan harga minyak ni, tapi aku nak kongsi cerita mengenai impak dari pengumuman mengejut PM Datuk Seri Abdullah petang semalam yg mengatakan minyak akan naik berkuatkuasa jam 12 tgh malam tadi...akibatnya orang ramai berpusu2 mengisi minyak di stesyen2 minyak berhampiran, sehingakan kenderaan bersesak dan melimpah ruah ke jalan raya...akibatnya, kesesakan luar biasa di semua jalanraya di bandar2 besar di seluruh ibu negeri di Malaysia...
Gambar di atas adalah fenomena luar biasa tanpa duga, yg mana kenderaan berbaris panjang untuk mengisi minyak di stesen minyak Petronas Kampung Baru, Kuala Lumpur...dilaporkan kenderaan berbaris sejauh 1km, dan akibatnya jalan mengalami kesesakan yg teruk akibat lokasi stesen minyak yang berdekatan dengan jalan besar...semuanya gara2 untuk mengejar masa sebelum jam 12 tgh malam dan sebelum stesyen2 minyak kehabisan stok...
Selepas pengumuman kenaikan sebanyak 40% untuk harga petrol, ini bermakna budget bulanan untuk pengangkutan kita juga akan bertambah...contohnya kalau sebelum ni kita isi rm60 untuk kereta, selepas 40% kenaikan ianya akan menjadi RM86 iaitu kenaikan sebanyak RM26...sekiranya isi petrol rm60 sebelu ni untuk 4 hari, bermakna kalau sebulan perbelanjaan petrol adalah rm450...
Tapi selepas kenaikan ini, sekiranya rm86 untuk 4 hari... so sebulan belanja minyak akan meningkat menjadi rm645, iaitu kenaikan sebanyak rm195 sebulan...dan apa yang pasti kita kena ubah cara perbelanjaan kita bermula dari sekarang, kerana budget pengangkutan dah meningkat dengan mendadak...ataupun kita patut fikirkan inisatif lain agar bebanan ini dapat di kurangkan, waktu yg tepat untuk berhenti merokok bg perokok semua...
P/S : Lepas kenaikan minyak ni, tunggu kenaikan barang lain pula...maklumlah semua jadikan alasan kenaikan minyak sebagai puncanya...nak naik bas rapid la aku lepas ni balik...




