Jumaat, April 25, 2008
Nasi Lemak Sambal Lipas...!
Selasa, April 22, 2008
Misteri Pokok - Arca Monyet...!


Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
Gambar2 ni aku perolehi dari seorang kenalan blogger, dengan tajuk pokok misteri di tengah hutan pendalaman Hunan di negara China...tapi aku x pasti adakah ianya gambar betul ataupun palsu, tapi aku tetap update di blog ni utk kita sama2 berbincang dan berkongsi pendapat mengenainya...sekali imbas kalau dilihat dari jauh, tiada apa yang menarik dengan pokok ini kecuali ia hanyalah sebatang pokok tua yg di anggar telah berusia lebih 100 tahun...
Tapi selepas para pengkaji tumbuh2an China mendekatinya, mereka seakan2 terkejut dan terpegun dengan keunikan arca dan corak yg terhasil pada pokok tua tersebut...pada bhgian sebelah kanan pokok tersebut, terpapar arca sepasang monyet yang sedang marah...manakala pada bhgian kiri pula, memaparkan arca seekor monyet yang sedang memegang buah kelapa...tak tau la nak percaya ke x, tapi ianya telah menjadi buah mulut penduduk dan cerita panas di seluruh negara China sejak kebelakangan ni...
Ade juge ura2 mengatakan bahawa ia hanyalah gambar palsu yang telah diedit, tak kurang juga yang membuat andaian yang arca monyet itu dihasilkan dari gam simen yang kemudiannya di lekatkan pada pokok tersebut...dan x kurang juga yang memperlekehkan dengan mengatakan yg ia hanyalah salah 1 strategi penduduk Hunan untuk menarik minat pelancong asing untuk berkunjung...tp sekurang2nya ada gak gambar sebagai bukti, xde lah cam kes Bigfoot di Malaysia x lama dulu yang hanya cerita atas cerita shj...huhuhu...
P/S : Kalau betul la ianya terhasil secara semulajadi, maka bertambahlah la lagi 1 koleksi misteri dari berjuta-juta koleksi misteri yang ada di dunia ini...berharap kejadian2 misteri seumpama ini dapat diungkai oleh sains terkini, walaupun ada sesetengahnya mustahil utk diungkaikan...
Isnin, April 21, 2008
Gigitan Karikator Lebih Berbisa...!



Assalamualaikum & Salam Sejahtera...!
Kebelakangan ini banyak betul blog2 tulisan peribadi maupun jurnal2 persendirian yang boleh di searching di internet, ini menandakan tahan kesedaran dan perkembangan it di Malaysia semakin berkembang...walaubagaimanapun, blog dan jurnal yang berunsur politik dan seks adalah yg paling mendapat sambutan di kalangan rakyat kita...manakala blog berunsur pendidikan paling kurang menerima kunjungan pelawat, x taulah adakah ini sesuatu perkembangan yg sihat ataupun sebaliknya...
Baru2 ni aku ada terbaca artikel kajian mengenai penulisan blog dan jurnal di sebuah website eropah, kajiannya adalah lebih menjurus kepada bagaimanakah cara untuk memastikan sesuatu maksud dan kehendak yg kita ingini itu sampai kepada khalayak...kajian membuktikan blog yang disertakan dengan karikator adalah lebih menarik minat pelawat, apatah lagi sekiranya ia karikatur yg berbentuk sindiran dan jenaka...fungsinya jelas menjurus kepada maksud sebenar kisah yang ingin diceritakan, sekaligus menarik minat pengunjung untuk membaca keseluruhan isi jurnal yang dikarang...
Tapi bagi aku, pengunaan karikator ini kadangkala memualkan dan menjengkelkan...contohnya apabila karikator di jadikan wadah untuk mengutuk dan menyindir kepercayaan dan agama lain, seperti penghinaan terhadap karikator Nabi Muhammad di eropah tidak lama dulu...impaknya sangat besar, sehingga melukakan dan menghiris perasaan keseluruhan umat Islam...tapi apa yg jelas dan nyata, karikator adalah lebih bisa sengatannya berbanding tulisan2 berapi di blog2 yang selalu pernah kita kunjungi...
P/S : Suka pada karikator yang berbentuk sindiran, dapat mengingatkan aku dari terus alpa dan meningkatkan diri agar lebih baik dari hari2 sebelumnya...
Khamis, April 10, 2008
Berhati-Hati Makanan Ringan Di Pasaraya


Satu je nasihat aku, berhati2lah ketika membeli belah di pasaraya besar ni...mungkin bukan kita, tetapi mungkin keluarga, kawan2 maupun jiran2 kita akan terbeli makanan ringan berasaskan gula2 seperti gambar di atas yang mengandungi bahan tidak halal...dengan pakej paket yang cantik, harga murah, berperisa strawberry dan diletakkan di bahagian makanan ringan, ianya menjadi makanan ringan pilihan kanak2 dan berkemungkinan kanak2 itu adalah anak kita sendiri...
Adakah kita pernah perhatikan apakah kandungan makanan ringan yg anak2 kita makan?...mengapakah produk sebegini tidak diletakan di bahagian makanan yang berlabel Non-Halal yang telah disediakan di pasaraya tersebut?...kemusykilan aku bertambah bila melihat bahagian tersebut kebanyakannya kosong dan mempunyai ruang yang besar untuk meletak produk2 tidak halal...
Adakah ini strategi pasaraya tersebut untuk melariskan barangan mereka?, sukar untuk aku menjawab persoalan yang berlegar difikiranku...aku pon x tau adakah ianya disengajakan ataupun pihak pasaraya tidak menyedarinya, tapi yg jelas itu bukanlah isunya...isu dan persoalannya sekarang adalah, sampai bilakah pengguna Islam di negara ini harus menjadi mangsa kerakusan peniaga2 jahil sebegini...
Sebaliknya kedengaran pula sijahil mempersoalkan pengguna Islam kenapa tidak memerhatikan kandungan produk yg dibeli, wajarkah mereka mengatakan sedemikian?...sekiranya kita membeli 100 produk di pasaraya tersebut, patutkah kesemua 100 produk itu kita teliti apa kandungannya...jadi apakah fungsi bahagian Non-Halal yang disediakan?, adakah hanya sebagai boneka wayang kulit antik hiasan di belai cerap sahaja...
Kedai 24 jam terkenal dan mempunyai banyak cawangan yang aku kunjungi pun sewenang2nya menjual produk ini, aku saja tunjukkan kandungan paket gula2 tu kepada seorang pekerjanya yang beragama Islam...dia terkejut dan tidak tahu menahu tentang perkara ni, dan aku meminta agar memberitahu kepada pekerja2 lain agar x menjualnya kepada orang Islam...
P/S : Masih setia menjadi pengunjung kedai2 runcit walaupun pasaraya kat sebelah umah je, nampaknya orang kita sekarang sudah menjadi badut yang tahu menari dan ketawa sahaja walaupun dalam hiba...
Isnin, April 07, 2008
Boikot Produk Belanda
Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
Baru2 ini dunia Islam di kejutkan dengan penghinaan tahap melampau dari penayangan filem FITNA dari pengarah kelahiran Belanda, sekaligus mencalar imej agama Islam dan membangkitkan kemarahan penganut-penganutnya di seluruh dunia...Islam sebuah agama wahyu yang mementingkan keharmonian dan kemakmuran telah dilabel sebagai agama keganasan, itu adalah sesuatu perbuatan yang dayus dan tidak beretika...Alangkah dangkalnya pemikiran bila mengaitkan keseluruhan penganut Islam adalah penganas, walhal yang melakukan onar hanyalah sebilangan kecil sahaja...boleh kah kita membuat kesimpulan bila melihat seekor harimau di dalam sebuah zoo di Canada baru2 ni memakan sayur dan kita mengatakan harimau adalah binatang dari kumpulan omnivor?...
Bolehkan saintis mengisytiharkan bahawa harimau itu adalah binatang omnivor, sedangkan selama ini kita diajar bahawa harimau adalah dari kumpulan karnivor...begitulah ibaratnya bila sebilangan orang Islam melakukan keganasan, adakah logik untuk mengatakan seluruh umat Islam adalah pengganas dan agama Islam agama keganasan?...
Berikut adalah produk Belanda yang perlu diboikot oleh kita semua sebagai tanda bantahan, kemarahan dan kekesalan kita terhadap penghinaan yang dilemparkan :-Produk Asas Makanan & Minuman :-
* Dutch Lady - Susu
* Ferrero Roche - Coklat
* Kieldsens - Coklat
* Kinder Bueno - Coklat
* Wall’s - Ais Krim
* Planta - Majerin
* Lady’s Choice -Majerin
* Sunlight - Majerin/Pencuci Pinggan
* Venz - Mentega Coklat
* Doriana - Keju
* Gouda - Keju
* Lipton -Teh
* Pickwick - Teh
* Lego - Kismis
* Knorr - Perisa Makanan
* Duyvis - Makanan Ringan
* Bertolli - Minyak Masak
Produk Perkhidmatan & Syarikat :-
* Unilever - Syarikat
* Ing - Insurans
* Shell - Minyak
* Philips - Barangan Elektrik
Produk Kecantikan & Kebersihan :-
* Dove - Mandian
* Lux - Mandian
* Radiant - Deodoran
* Rexona - Deodoran
* Fair & Lovely - Kecantikan
* Ponds - Kecantikan
* Slimfast - Pelangsing
* Cif - Pencuci Lantai
* Surf - Pencuci Pakaian
* Breeze - Pencuci Pakaian
* Sun - Pencuci Pakaian
* Wishbone - Pencuci Pakaian
* Robin - Pencuci Lantai/Pakaian
* Ariel - Pencuci Lantai/Pakaian
* Omo - Pencuci Lantai/Pakaian
* Labello - Lip Balm
* Vaseline - Lip Balm
* Sunsilk - Shampoo
* Clear - Shampoo
P/S : Nak x nak, kita kena akui yang selama ni kita banyak bergantung pada produk dari Belanda...apa sudah jadi pada produk tempatan kita, walaupun setanding kehebatannya tapi hanya boleh jadi perhiasan di pasaraya2 besar sahaja...








