Assalamualaikum & Salam Sejahtera...Melihat dari gambar di atas sekali imbas, yang pertama terlintas di fikirkan kita adalah mengenai kemalangan jalan raya biasa yang kita tengok dan sering berlaku...dua kali imbas, kita rasa terkejut sedikit kerana ianya berlaku di pondok membayar tol...tiga kali imbas, kita akan mula terfikir apakah cerita tersirat di sebalik berlakunya kemalangan di pondok tol ini...berikut adalah cerita tersirat yang aku fikirkan dari gambar di atas :-
1. Berebut nak bayar tol, kereta di belakang nak cepat x boleh nak sabar sebarang sedikit pon...dah biasa potong2 barisan ni, selalu buat kat lampu isyarat boleh aje...tu yang try plak kat pondok tol, tengok boleh lepas ke x, rupenye x lepas, huhu...
2. Pemandu belakang nak mengelak dari membayar tol, so bila tengok je orang depan bayar tol bedezzzzuupppp dia bawak keta tu takut penghadang besi turun...tapi time dia bedezzzzuupppp tu orang kat depan belum jalan lagi...tu yang tersangkut kat pondok tol tu. hehe...
3. Jawapan skema pihak berkuasa dan insurans, pemandu di percayai mabuk akibat pengambilan alkohol yang berlebihan...ni yang den raso nak golak ni ha, hakhak...
4. Kalau keluar kat majalah Mastika plak, versinya jadi lain lebih kurang macamni la...pemandu di belakang mengatakan yang dia telah diganggu oleh makhluk halus, berbaju putih, duduk di bahagian kerusi penumpang dan menampakkan mukanya yang hodoh dan mengerikan...sebab tu la dia memecut 200km/jam, huhu...
P/S : Kalau korang ada pendapat sendiri, beri la komen korang kat bawah ni...tapi biar la logik macam komen no 1, 2 dan 3 tu ye, jangan la korang letak komen hampeh macam no 4 tu. huhu...
Isnin, Mac 31, 2008
1001 Persoalan Sebalik Gambar
Jumaat, Mac 14, 2008
Rekod Baru SPM 21A
Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
Rabu lepas result SPM telah diumumkan secara rasmi selepas 4 hari negara kita menghadapi pilihanraya umum Malaysia yang ke-12...seperti juga keputusan pilihanraya, keputusan SPM kali ini pon turut mengejutkan negara apabila seorang pelajar lelaki dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Yan, Kedah memperolehi 21A (20 A1, 1 A2)...secara dasar dan logiknya, aku dapat rumuskan yang beliau berjaya memecahkan rekod Nur Amalina yang memperolehi 17 A1 pada 2004 lalu...
Tapi yang lebih mengejutkan aku sebenarnya adalah apabila pelajar terbaik SPM yang diumumkan kali ini disandang oleh pelajar lelaki iaitu Azali Bin Azlan...sekaligus juga telah berjaya memecahkan monopoli tembok tebal ciptaan pelajar perempuan yang menguasai carta pelajar terbaik SPM saban tahun kebelakangan ini...
Keputusan yang cemerlang di perolehi para pelajar SPM tahun ini, membuktikan lagi yang sistem pendidikan di negara ini masih relevan dengan keperluan semasa...bila di tanya apakah rahsia beliau memperolehi keputusan yang baik...dengan rendah diri beliau mengatakan rahsianya adalah dengan berpuasa, memakan buah kurma, minum madu dan susu sepanjang tempoh peperiksaan SPM tersebut berlangsung...
Aku setuju sangat sebab bila kita berpuasa dan perut kita lapar, otak kita akan bekerja lebih kuat untuk berfikir dan ianya telah di buktikan oleh saintis2 barat dan cendikiawan Islam...difahamkan lagi, beliau mengambil 21 mata pelajaran bukan untuk memecahkan rekod, sebaliknya beliau melakukan hanya untuk kepuasan diri sendiri...tapi secara logiknya, mestilah pihak sekolah mengharapkan beliau berjaya memecahkan rekod yang dipegang oleh Nur Amalina...
P/S : Nak tengok lepas ni, adakah rekod SPM kali ini berjaya dipecahkan oleh pelajar perempuan pula, ini adalah cabaran buat diorang pula...pelajar lelaki telah membuktikannya, bagaimana pula dengan pelajar perempuan?...
Rabu, Mac 12, 2008
Cubaan Bunuh Diri Seorang Doktor
Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
Apabila kewajaran dibelakangkan, agama diketepikan dan kewarasan diri dinodai emosi, maka tidak hairanlah syaitan dan kejahatan datang tanpa dijemput menguasai diri dan hati...sesuatu yang pelik dan jangal apabila seorang yang berkerjaya professional dan berpendidikan tinggi luar negara cuba untuk membunuh diri...apatah lagi beliau ada seorang doktor wanita beragama islam dan aku tertanya juga di manakah pertimbangan diri beliau sebagai seorang muslim dan seorang yang berilmu...
Difahamkan tekanan perasaan akibat perselisihan faham dengan teman lelaki, punca beliau cuba untuk membunuh diri dengan cubaan terjun dari tingkat 5...lebih mengemparkan bila cubaan membunuh diri itu berlaku ditempat beliau bekerja iaitu di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar...bagaimana agaknya perasaan pesakit2 di hospital tu bila mengetahui doktor yang merawat mereka selama ini adalah lebih sakit dari mereka?, dalam konteks kata lain doktor ini mempunyai masalah sakit mental akibat tekanan perasaan...
Apakah yang sedang berlegar di fikiran pesakit2 yang sedang dirawat oleh doktor ini di hospital tersebut sekarang ini , rasionalnya sudah tentu ianya akan menganggu emosi mereka yang menyaksikan sendiri kejadian tersebut...lebih parah lagi bila pesakit dan orang ramai sekarang ini mula mempersoalkan isu keselamatan mereka bila berurusan dengan doktor yang sebegini...adakah keselamatan orang awam di hospital2 terjamin? dan apakah bentuk jaminan yang ditawarkan?...
P/S : Sentiasa berfikir dengan waras, jangan sesekali membenarkan emosi menutupi mata hati kita tatkala pandangan mata kasar telah dibutakan...
Jumaat, Mac 07, 2008
Tak Lawa Tak Apa, Janji Baik Hati
Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
Tetapi bagi aku ianya adalah sesuatu yg sangat jujur dan ianya lahir dari kesungguhan hati penulis tersebut, ayat "Tak Lawa Tak Apa, Janji Baik Hati", meyakinkan pada aku yang penulis ini telah menzahirkan keikhlasan hati beliau...mungkin ramai beranggapan cara ini sudah lapuk dan sudah ketinggalan zaman, x kurang juga yang mempertikaikan rasionalnya dan relevannya cara ini di zaman era millenium serta canggih ini...
Ramai juga yang merasakan cara ini hanya memalukan diri sendiri seperti menjaja perihal diri dan membuka pekung di dada sahaja...zaman IT ni pelbagai cara untuk berkenalan dan mencari rakan, friendster, myspace, facebook, yahoo massenger dan mirc, begitulah kata2 pedas dari anak2 muda kita sekarang...logiknya penulis yang sudah berusia dan tanpa pengetahuan IT, apakah ada cara lain yg lebih sesuai dan releven lagi?...
Aku suka memikirkan sesuatu yang tersirat dari sesuatu yang tersurat, sejujurnya selepas menerima kandungan email ni aku seakan dapat menangkap seperti ada sesuatu sindiran terhadap masyarakat sekeliling kita...tersuratnya kelihatan yang beliau sangat2 ikhlas dan bersungguh untuk mencari teman hidup (isteri) dan bukannya bini semata-mata...tersiratnya susah sangatkah untuk mencari perempuan yang baik di zaman sekarang ni, marilah kita renungkan bersama...
Rabu, Mac 05, 2008
Norayu Damit (Ayu) Menang RM1 Juta
Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
Belum terlewat rasanya aku nak ucapkan tahniah pada Ayu yang telah berjaya memenangi RM1 juta pada jumaat lepas, sejujurnya aku telah menduga sedari awal yang Ayu akan memenangi pertandingan realiti nyanyian OIAM musim ke-2 ni...menampilkan kualiti suara dan persembahan yang mantap saban minggu, ramai yang meminati kelunakkan suaranya walaupun dikatakan mempunyai kekurangan pakej dari segi penampilannya yang menjadi buah mulut peminat2 dan pengkiritik tetap rancangan tersebut...
Sebenarnya aku juga meminati kegemersikkan suara Ayu semenjak di audition OIAM musim pertama lagi, pada masa tu Ayu menyanyikan lagu Rossa - Bukan Untukmu & Ku Juga Mencintaimu (Versi Filipina) dengan baik sekali...tapi sayangnya Ayu telah tersingkir seawal pusingan Top80 lagi, aku rasa mungkin Paul Moss x suka kat Ayu ni sebab dia ni boleh dikatakan kurang cantik dan beranggapan sukar untuk menjual namanya di Malaysia...
Memikirkan popular Suki pemenang OIAM1 yang lawa kononnya tapi x segah mana pon sekarang ni, mungkin pengkritik tetap Syafinaz menasihatkan Paul supaya memilih berdasarkan bakat bukan rupa atau personalitinya...mungkinlah, sekadar ramalan aku sahaja, huhu...tp yg pasti, persembahan dan suara mantap Ayu memang memukau juri dan penonton setiap minggu, dan boleh dikatakan Ayu setanding dgn artis2 yang bertanding seperti Siti Sarah, Intan Sarafina dan Shila...persembahan lagu Langit Ke-7, My Heart Will Go On, Ceritera Cinta dan Cinta (duet dengan Jac) memang memukai penonton...
Selain Ayu aku jugak meminati Shila coz dia ni ala2 gedik santai sikit, hehe, selain tu kelebihan Shila ialah semasa berkomunikasi dengan penonton...aku paling enjoy bila tengok dia menyanyi lagu2 berganre rancak, memang sesuai dengan jiwa dan penampilannya...memang menghidupkan suasana kalau dia tampil dipentas, aku mengandaikan Shila boleh jadi penghibur terkenal Malaysia suatu hari nanti...tetapi kekurangan Shila jelas semasa menyanyikan lagu2 berentak ballad, suaranya kadangkala x balance dan kurang feel mungkin disebabkan dia terlalu muda untuk mengerti apakah itu cinta, huhu...
P/S : Harap2 x de la lepas ni orang kampung menyerbu rumah Ayu sebab nak mintak duit sebab kononnya telah berhabis mengundi Ayu masa pertandingan ni, huhu...




