Khamis, November 20, 2008

Serunding Berkulat Di Pasaraya

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Aidilfitri telah berlalu, x lama lagi Aidiladha pula bakal menyusul.. seperti kebiasaanya, setiap kali hari perayaan menjelang bermacam2 juadah akan di sajikan kepada para tetamu yang akan berkunjung kelak.. ada antara juadah yang disediakan sendiri dan ada juga juadah yang dibeli di pasaraya atau di tempah melalui rakan2 disebabkan proses penyediaannya yang rumit seperti kuih tradisional..

Selain itu juadah yang memerlukan masa yang lama untuk disediakan juga selalunya hanya dibeli dari pasaraya, contohnya juadah serunding yang memerlukan pengorbanan masa untuk menyediakannya.. maklumlah setiap detik saat adalah amat berharga, itulah harga yang perlu di bayar dalam kehidupan moden kini..

Tapi sekarang ni, aku dapat saksikan sendiri bukan sahaja juadah yang sukar disediakan tetapi juga semudah2 juadah seperti kuah kacang dan rendang pon telah di jual dan di paketkan menjadi makanan segera.. peliknya kuih cucur badak dan kuih keria pon dah dipaketkan selain karipap dan popia seperti kita telah sedia maklum..

Berbalik pada cerita mengenai juadah perayaan, akibat terlalu banyak jenama dan syarikat pengeluar menjadikan perang harga juadah2 segera ini di pasaraya akhirnya menguntungkan pengguna.. tapi apabila perang harga berlaku, syarikat pengeluar pun terpaksa menggunakan bahan2 yang murah untuk terus bersaing..

Manakan tidak, x kanlah produk yang sepatutnya tamat tempoh hujung tahun 2009 dah berkulat padahal sekarang belum pun lagi cecah hujung tahun 2008.. yang aku maksudkan ni adalah produk serunding daging yang di jual di sebuah pasaraya terkenal di Malaysia, korang boleh tengok gambar dan teka sendiri pasaraya mana satu yang aku maksudkan..

Nasib baiklah aku perasanakan kehadiran tompokkan kulat2 sebelum membeli produk tersebut, kalau x sudah pasti aku rugi dan sekiranya termakan sudah pasti akan memudaratkan kesihatan aku.. bukan sebungkus sahaja yang berkulat tapi hampir keseluruhan produk serunding daging tu dah berkulat..

Selepas menyedari kehadiran kulat tersebut, aku ambil salah satu bungkusan yang megandungi banyak kulat dan kemudiannya telah menyerahkannya kepada salah seorang pekerja di pasaraya tu.. pekerja tersebut sedikit terkejut dan mengatakan akan melaporkannya pada pihak atasan sebagai langkah susulan..

Tiga hari kemudian aku datang lagi ke pasaraya tersebut untuk membeli barang keperluan harian aku, disebabkan pasaraya tersebut x jauh dari tempat tinggal aku jadi sudah kebiasaan aku berbelanja di sana.. tapi alangkah terkilannya aku bila tengok x de apa2 tindakan susulan pon seperti yang dijanjikan, produk tu masih ada di tempatnya dan berkulat sebagai bukti aku ambil beberapa keping gambar..

Aku paham, semua pihak nak untung, samada peniaga, pengeluar ataupun kita sebagai pengguna.. tapi akhirnya pengguna juga yang rugi walaupun diistilahkan menang berbelanja disebabkan mampu mendapatkan harga yang murah.. tapi siapa tau disebalik menang berbelanja terselit sedikit racun, racun yang bakal menewaskan kesihatan kita di suatu hari kelak..

P/S : Memilih kualiti dan kemudian harga, bukan aku mementingkan jenama.. tapi pilih kualiti yang terbaik dahulu, kemudian pilih yang paling murah di antara yang berkualiti tu.. huhu..

3 komen:

Cahaya Bulan berkata...

assalamualaikum.. wah.. siyes berkulat.. huhu.. menakutkan.. nasib baik juga enchik awgku perasan..

sueda berkata...

berkulat..teruknye..

AwgKu Pangeran berkata...

Walaikumsalam, memang sah berkulat.. baru teringat nak beli buat stock nak outstation nanti, hilang terus selera..