Assalamualaikum & Salam Sejahtera..
Adik Adrianna sekarang sedang menjalani rawatan di pusat Institut Jantung Negara (IJN) di ibu negara, diharap nasib adik ini lebih baik dan mampu untuk mengutip wang derma yang mencukupi untuk pembedahan tu nanti.. berikut adalah surat dari pihak IJN, tentang jumlah bayaran yang perlu dilangsaikan oleh keluarga adik ni sebagai bukti..

Berikut adalah kandungan asal surat yang aku terima melalui sistem email, di harap dengan bantuan dan keikhlasan kita menderma walaupun hanya sedikit dapat meringankan beban kewangan yang di tanggung oleh keluarga adik Adrianna.. mari kita sama2 doakan, agar proses pembedahan ini dapat dilakukan dengan secepat yang mungkin..
Assalamualaikum w.b.t,
Nama saya Adrianna Alysya Bt Mohd Hanib berasal dari Kuala Lumpur .
Umur saya 6 tahun 10 bulan. Saya mengidap penyakit kronik jantung berlubang yang serius sejak saya dilahirkan dan saya adalah Orang Kurang Upaya (OKU) iaitu tidak boleh mendengar, bercakap, dan berdiri. Boleh dikatakan setiap bulan saya dirawat dihospital. Saya memerlukan sejumlah bantuan kewangan daripada Tuan / Puan untuk meringankan beban kewangan ibubapa saya bagi :-
1 ) Membeli sebuah kerusi roda khas untuk kanak - kanak seperti saya Yang berharga lebih kurang RM 3,000.00.
2 ) Membayar hutang Institut Jantung Negara lebih kurang RM25,000.00.
3 ) Menampung perbelanjaan kos rawatan saya dari masa ke semasa.
Dilampirkan salinan dokumen-dokumen yang berkaitan untuk rujukan Tuan / Puan. Saya merayu kepada Tuan / Puan agar dapat menghulurkan sedikit sumbangan sekadar yang mampu bagi meringankan beban kami sekeluarga. Sebarang sumbangan harap dapat disalurkan ke akaun / atas nama :-
Nama : Adrianna Alysya Bt Mohd Hanib
CIMB Bank A/c No : 1427 006 1573 521
Sekiranya sumbagan Tuan dalam bentuk cek diharap dapat hubungi ibu saya Fazirah Bt Sidek : 012 658 0456 / 013 695 3030
Jasa baik Tuan / Puan saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Semoga Allah s.w.t sahaja yang dapat membalas budi baik Tuan/Puan. Saya doakan, semoga Tuan/Puan sekeluarga dirahmati Allah s.w.t dan sihat sejahtera.
Sekian, Terima Kasih.
Adiranna Alysya
Berikut adalah wajah2 adik Adrianna semasa dirawat di IJN, syahdu mengenangkan bila melihat riak muka adik kita ni yang terlantar kesakitan.. apalah yang sedang difikirkannya ketika ini ye, apakah perasaan ibubapa beliau.. berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, semoga adik ni kembali sihat dan selamat semasa menjalani pembedahan tu nanti..



P/S : Marilah kita sama2 membantu, pupuk sifat kesederhanaan dan x menunjuk.. bak kata pepatah, tangan kanan yang menghulur biar tangan kiri x tau..





3 komen:
sem0ga adik adriana alysya..cpt sembuh dan menjalani kehidupan yg ceria seperti kanak2 yg seusia dgnnyer..
ingin juga membantu tapi x mampu..saya doakan adik adriana cepat sembuh.
Marilah kita sama2 doakan agar adik kita ini selamat menjalani proses pembedahan tu nanti, amin..
Catat Ulasan