Jumaat, Oktober 10, 2008

Pameran Belon Udara Panas

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Belon udara panas bukan sahaja sesuatu yang pelik bagi penduduk2 di sekitar Malaysia malah juga di sekitar benua Asia khasnya, tetapi ianya adalah sesuatu kebiasaan bagi penduduk di negara2 barat di sebelah eropah.. selama ini kita hanya melihatnya melalui televisyen melalui rancangan dokumentari, bagi kanak2 pula melalui rancangan kartun seperti Teenage Mutant Ninja Turtles yang pernah popular suatu masa dahulu..

Ianya adalah antara salah satu perkhidmatan pengangkutan yang popular bagi penduduk2 di sana, ianya juga telah menjadi salah satu aset pelancongan negara oleh kerana keunikannya yang mampu menarik ramai pelancong dan pengunjung di serata dunia.. ditambah lagi dengan kesungguhan dan adanya kerjasama di antara orang awam dan pihak kerajaan, menjadikan apa yang diusahakan berjalan dengan lancar..

Melihat prospek yang cerah di dalam bidang pelancongan, pameran dan karnival belon udara panas ini telah dimasukkan ke dalam kalender pelancongan di negara2 eropah untuk menarik lebih ramai lagi pelancong.. golongan sasar adalah tentunya datangnya dari pelancong dari negara asia, afrika dan negara2 arab juga penduduk2 sekitar di negara2 eropah..

Lihat pada gambar2 di bawah, begitu bijak negara2 eropah ini mengatur strategi untuk menarik lebih ramai pelancong.. aku rasa sudah tiba masanya kita di Malaysia mencedok sedikit idea dan belajar daripada mereka bagaimana untuk menceriakan lagi suasana sesuatu karnival atau pameran yang dijalankan di Malaysia yang kebanyakkannya nampak lesu dan x bermaya..

Belon udara panas yang pelbagai bentuk dan kelihatan cantik mampu untuk menarik jutaan pelancong untuk berkunjung, walhal kegunaan belon udara panas ini hanyalah satu iaitu sebagai pengangkutan udara.. apatah lagi ianya banyak bergantung kepada arah tiupan angin, tetapi lihatlah bagaimana mereka menjadikan sesuatu yang biasa2 itu sebagai sesuatu yang menjanjikan 1001 kenangan manis dan menghiburkan..

Lihatlah karnival di Malaysia ni, contohnya Sureheboh atau pun kini dikenali sebagai karnival JomHeboh.. tiap tahun tidak ada pembaharuan atau sesuatu yang berbeza dan unik untuk ditonjolkan kecuali hanya gerai2 yang semakin bertambah dan juga elemen hiburan seperti nyanyian, boleh dikatakan saban tahun ianya kelihatan sama dan mendatar..

Maka lama-kelamaan orang ramai pon dah naik muak, akhirnya karnival seperti ini hanya boleh bertahan dari 3-5 tahun sahaja dan tidak releven lagi dengan perkembangan semasa.. oleh itu perlunya ada sesuatu yang unik, terkini dan menarik mengenai negara Malaysia perlu ditonjolkan untuk menarik lebih ramai pelancong dalam dan luar negara berkunjung pada satu2 karnival dianjurkan..

Karnival wau adalah salah satu contoh yang menarik dan seeloknya dipetakan pada kalendar pelancongan Malaysia.. wau yang berwarna-warni, unik, pelbagai bentuk di samping gayanya yang gah berlegar di angkasa aku rasa mampu menggamit hati ramai pengunjung.. banyak lagi karnival yang boleh dijalankan di Malaysia ni, dengan adanya kepelbagaian bangsa, bahasa, agama dan percampuran budaya banyak yang unik dan exotic boleh ditonjolkan..


P/S : Dulu masa kecik2 selalu tengok kat tv1 ada pameran kereta hiasan dari bunga2an, seronok tengok tapi sayang sekarang ni dah x de.. banyaknye pameran dan karnival2 yang pelancong boleh saksikan di negara mereka sendiri seperti pameran jet pejuang dan bunga api..

2 komen:

S0mel83 berkata...

huhuhu..cantik tul tgk belon2 camnih bergentayangan kt udara..teruja rsnyer..kan bez kalo kt malaysia wat camnih..brlah sy0kk..

sueda berkata...

kalau lah ada orang hadiahkan aku satu...huhu (^^)