Isnin, September 22, 2008

Restoran Black Canyon, AEON Bukit Tinggi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Menu & Harga
Signboard Kedai

Hujung minggu bulan puasa ni lah aku dan member gi jalan2 cari kelengkapan untuk hari lebaran nanti, so kitorang pergi membeli belah kat area Subang Jaya.. tempat kitorang pergi adalah sekitar Subang Parade, Carrefore, Giant & Kamdar.. so dalam membeli-belah, dalam jam 5.30pm kakak dan abang ipar call nak belanja makan berbuka puasa.. huhuhu, kali ni diorang nak belanja kat Black Canyon, AEON Bukit Tinggi, Klang..

Sampai2 kat AEON Bukit Tinggi dalam jam 6.30pm, kitorang x terus masuk restoran sebab kakak dan abang ipar dah tempah meja dan menu untuk 4 orang makan.. so dalam baki masa 50 minit tu aku temankan diorang belikan dan pilih kasut untuk emak dan abah untuk raya nanti.. beli-belah area kedai Jusco, harga pon boleh tahan sebab banyak promosi harga dari 10% hinggalah 30%..

Jam 7.05pm kitorang terus masuk ke dalam restoran ni, wah2 dah penuh dengan pelanggan.. maklumlah hujung minggu, ramainya pelanggan membawa seisi keluarga untuk berbuka di sini.. tak sampai dalam 5 minit menu2 yg diorder pon sampai, tapi kakak dan abang ipar sedikit kecewa sebab menu yang dipesan x sama seperti di dalam gambar menu, huhuhu...

Kaunter Pembayaran & Dapur Kopi

Dapur Memasak

Dekorasi Dalam Kedai

Nama :- Black Canyon Restaurant

Lokasi :- AEON Bukit Tinggi, Klang, Selangor

Cuisine :- Masakan Ala Thai, Makanan Barat

Menu Pilihan :- 4 Orang

Nasi Stim - RM 4.80 (RM1.20 Sepinggan)
Nasi putihnya cukup mengenyangkan sebab menggunakan beras banyak mengandungi kanji, unik sebab datang dengan bentuk 4 segi, dimasak kukus dan sungguh padat.. tapi sekiranya menggunakan beras wangi aku rasa akan lebih membangkitkan selera pelanggan, tapi beras jenis berkanji ni memangcukup mengenyangkan.

Spicy Chicken Tom Yum Soup - RM 9.90
2 Bintang..!, harganya terlalu mahal untuk tom yam sebanyak ini..!, hanya ada 4-5 ketul isi ayam dengan hirisan kecil, sungguh x berbaloi.. hirisan cendawan pon hanya dalam 3-4 hiris, tapi rasa tomyam sedikit mengubat kekecewaan walaupun ianya sedikit cair.. tapi mengikut kakak, sebelum ni dia pernah order menu ni dan memang isi bahannya banyak.. tapi mungkin untuk kali ni chef memasak dengan jumlah yang banyak kemudian proses pembahagian x sama rata berlaku, mengakibatkan ada pelanggan yang mendapat isi bahan lebih dan ada yg kurang.

Fried Chicken with Cashew Nut - RM 8.90

3 Bintang..!, sekadar boleh tahan sahaja, tapi rasanya sedikit berbeza dengan hidangan lain sebab ayam dimasak dengan gajus.. rasa ayam seperti masakan hailam tapi kurang pedas dan kuah, kuahnya kering tapi rasanya sedikit exotic seperti campuran masakan cina dan barat.. kuantitinya juga banyak dan sungguh berbaloi dengan harganya.

Stir-Fried Combination of Prawn, Chicken & Chili - RM 8.90
1 Bintang..!, yakkkkkk sungguh memualkan, apa rasa pon aku x tau.. rasanya seperti sardin dalam tin kemudian di gaul bersama2 telur, dimasukkan cili giling, udang dan ayam.. terasa cili gilingnya seperti x masak dan rasa pedasnya berganti dengan rasa hanyir.. tapi yang pasti rasanya sungguh meloyakan tekak..!

Spicy Seafood Salad - RM 8.90
5 Bintang..!, wallahhhh, menu penyelamat.. memang sedap dan fresh, yummy, huhuhu.. campuran hirisan tuna, sotong dan udang bersama campuran salad segar.. rasanya memang membangkitkan selera, rasa masam lemon dan limau nipis memang mengecurkan air liur.. harganya sungguh berbaloi dengan taste sehebat ni.

Stir-Fried Mixed Vegetable in Oyster Sauce - RM 8.90
4 Bintang..!, yummy, sedap & segar.. rasa sayurnya cukup segar dan rasa sos tiram cukup menyelerakan.. kombinasi sayur juga cukup baik dan tepat, sayur cukup masak dan x terlalu masak.. kombinasi warna sayur pon menarik, ditambah lagi dengan kuantitinya yang banyak memang aku rekemen jika pergi dengan keluarga.

Lime Juice - RM 4.50
Ice Lemon Tea - RM 9.00 (2 Gelas)
Watermelon Juice - Free (2 Gelas - Pakej)
4.5 Bintang..!, yummmy, air juice dan ice lemon teanya memang menyegarkan.. rasa juice memang fresh, boleh rasa ketulan buah-buahan yang dikisar hancur.. tea ais limaunya memang menyegarkan dicampur dengan ais yang diiblendar, rasanya cukup2 perfect, pekat dan likat.. aku rekemenkan korang ambil ice lemon tea dan lime juice, kerana selepas makan makanan tinggi kalori seeloknya kita order air yang mengandungi limau untuk proses membersih usus.

Deep Fried Chicken Wing - RM 9.90
3 Bintang..!, mmm, biasa2 saja.. x de apa yg special dengan ayam ni, harganya mahal untuk 3 bahagian kepak yg di potong 2 menjadi 6 ketulan kesemuanya.. x de apa2 istimewa tetapi rasanya boleh tahan, darah beku pada ayam goreng pon x de so x de la rasa mual.

American Club Sandwich - RM 8.90
3 Bintang..!, not bad lah, boleh tahan.. dari sekeping sandwich 3 lapisan di potong 4, isinya boleh tahan dengan kepingan isi ayam besar seperti memakan burger zinger KFC, hehehe.. mayonis pon banyak ditambah lagi dengan 2 keping keju, kentang pon rangup dan kenyal.

Harga :- RM 86.45 (RM 80.40 - 10% J-Card + 10% Service + 5% Tax)

Penilaian :-
..........Makanan : 3 Bintang
..........Tempat : 4.5 Bintang
..........Service : 4 Bintang
..........Harga/Rasa : 2.5 Bintang
Keseluruhan : 3.5 Bintang

9 komen:

richard.ang berkata...

if you want a place with good food, black canyon bukan tempatnya.

the food is so so but i like the service, so politely.

all menu tasted weird, tomyam soup just so so & vegetables overcooked.

eddie berkata...

yes, their spicy seafood salad is super nice and ice lemon too.

i know nice thai restaurant at bukit tinggi got one same row as 99 speedmart (restauran reun thai).

special menu prawn tom yum, lemon leaf fried chicken and siakap steamed with lime also taste good.

nice blog malay version, boleh tambah vocab malay saya. :)

jue_80@hotmail.com berkata...

tak sedap!!!
overall i bagi 2 star
i.c.tea memang pure

syarifah&co berkata...

i dah try...tak sedap la' dah la pekerjenye tak reti bahasa melayu...omg' i minta tisu dia bagi resit

kimie86 berkata...

kim pernah makan kat restoran ni.
kim pegi yg kat summit usj.
time tu kim pegi hari ahad, so dia ada menu sunday special.
dah la x sedap, service pn mcm haram.
teruk tul rasanye, rasa mcm x berbaloi jew 20 henget tu.
nak bagi 1 bintang boleh, ahakss.

AwgKu Pangeran berkata...

Thanks Eddie, i know this one but i x pernah try lagi.. maybe next time i go that place, then update in my blog..

P/S : Any suggestion best place for makan2, inform me at shout box, ok..

AwgKu Pangeran berkata...

Hi Jue, ice lemon teanya memang sedap dan fresh.. memang aku rekomen kat korang semua untuk order ice lemon tea.. 5 star, haha..

AwgKu Pangeran berkata...

Sikitnye bagi bintang kimie, teruk sangat ke, huhu..

Sunday special tu x pernah try lagi, tapi tau lah ada.. maybe kat branch Summit x sedap tapi kat branch lain sedap kan, huhu..

Hi Syarifah.. haha, tapi memang betul la perkerja dia x reti cakap melayu.. cakap english pon dia terkial2 sket, dah nasib, huhu..

Tanpa Nama berkata...

I pergi Black Canyon kat Jusco AEON AU2. For me personally the tomyam & the green curry & the omelette are marvellous, i went there twice and i ordered the exact same menu cos i really liked what i ate the first time! Dun order the tropical tea though, it tasted so weird..like way too sour..and i dunno, just 'weird'. u might want to stick to the coffees.
All in all, i looooveee their tomyam & the service..the non english speaking staffs are a pain though, lucky they have 1 local girl working there.