Khamis, September 18, 2008

Gambar Bayi Seakan Patung

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Bayi Ceria

Bayi Konfius

Tertarik betul aku tatkala kali pertama melihat senarai gambar2 ini di email aku, pada masa tu aku pun fikir ianya hanyalah patung bayi semata2 tanpa membaca artikel yang terkandung di dalam email tersebut...tapi memang kalau sekali imbas foto2 ini ianya patung mainan dan kelihatan sangat comel, rupa2nya ini adalah gambar bayi manusia sebenar yang mana hasil gambar fotonya seakan2 menyerupai patung mainan...

Pelik bukan, mesti korang semua x percaya apatah lagi dengan melihat keadaan pada kulit muka bayi yang berkilat dan pusatnya bulat yang kelihatan seperti direka atau patung...tapi percayalah yang ini adalah foto bayi manusia tanpa ada sebarang edit atau pengubahsuaian dari jurugambar, ianya adalah hasil kerja tangan seorang jurugambar yang professional dan dibantu oleh seorang jurusolek berpengalaman...

Siapakah jurugambar yang menghasilkan gambar seunik ini?, tidak pula dinyatakan namanya dalam kandungan email tersebut...begitu juga dengan nama jurusolek, tapi yg pasti mestilah mereka adalah seseorang yang berpengalaman di dalam bidang masing2...hasil gambar sangat sempurna dan mengakibatkan kita terkeliru antara realiti dan fantasi, tapi ditegaskan sekali lagi yang gambar ini adalah realiti sebenar...

Mungkin kebolehan jurugambar untuk mencari sudut yang betul dan sesuai memainkan peranan dalam penghasilan foto seperti ini, ditambah juga dengan reaksi2 spontan bayi semasa fotografi ini di jalankan.. dibantu lagi dengan teknik solekan dan pakaian yang complicated untuk menjadikan bayi tersebut seakan patung mainan, ianya adalah suatu sentuhan ajaib dari tangan2 yang cukup komited dalam kerjanya...

Bayi Kulit Hitam

Bayi Tidur


Bayi Sedih

P/S : Harap2 nanti aku pun akan dapat anak2 secomel ni, hehe..

3 komen:

hanisya berkata...

salam.....comel2 anak2 mat saleh ni...walau berkulit hitam...di tambah teknologi terkini yang semakin canggih............mudah mudahan nain..ekau dapat anak yang comel-comel..ayah nya pon comel:d

sueda berkata...

EEEEe....cutenyer..(^^)

jen berkata...

wang..

cuba ko tengok betul..betul pusat baby tu...

tak ker baby tu baby patung...

mana ada pusat bulat kecik macam tu...

kalau betul pun human memang comel giler....cute..