Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
Sejarah :-
Sukan olimpik ialah sukan antarabangsa yang diadakan setiap empat tahun... sukan ini bermula dari Yunani Purba, dihidupkan semula oleh seorang bangsawan Perancis bernama Pierre de Coubertin pada akhir abad ke-19...
Sukan ini yang turut dikenali sebagai Olimpik Musim Panas telah diadakan setiap empat tahun sejak 1896 kecuali ketika Perang Dunia... pada tahun 2004, Sukan Olimpik ke-28 telah kembali diadakan di tempat asalnya di Athens, Greece...
Selain itu, Sukan Olimpik Musim Sejuk dimulakan pada tahun 1924... namun begitu, sukan ini tidak lagi diadakan serentak dengan Sukan Olimpik Musim Panas pada 1994, sebaliknya dua tahun selepas...
Tanggal tarikh 08.08.08 telah dipilih oleh pihak tuan rumah kali ini sebagai hari bersejarah untuk perasmian pembukaan sukan olimpik, tarikh yang dipilih adalah berkait rapat dengan kepercayaan masyarakat nagara China yang menganggap tarikh tersebut membawa "ong" atau keramat...
Untuk memberikan impak yang maksima di dalam kemeriahan sukan olimpik yang sedang berlangsung sekarang ini, jadi tidak ada salahnya sekiranya aku menulis jurnal yang berkaitan dengan hari bersejarah yang dirasai oleh seluruh rakyat Tembok Besar China itu...
Antara juadah yang boleh dikatakan exotic adalah hidangan dari daging binatang yang dimasak secara sup, stew, panggang dan juga steamboat... antaranya ialah hati dan otak anjing, ular, ulat, kuda laut, kala jengking, kumbang, kaki cicak, ekor iguana, kuda, tapak sulaiman, landak laut dan belalang...
P/S : Harap2 kali ni atlet kita akan membawa sekurang2nya 1 pingat tanpa kita apa warnanya untuk Malaysia, harapan kita hanyalah pada acara badmintan aje la untuk kali ni...





3 komen:
Such a nice blog. I hope you will create another post like this.
This blog could be more exciting if you can create another topic that everyone can relate on.
mmg exotic.. ssgup den tapau mee goren mamak bwk g tgk perasmian sukan olimpik..
Catat Ulasan