Jumaat, Ogos 22, 2008

Budak Hilang : Lee Kim Hooi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Kejadian kehilangan ini menimbulkan tanda tanya berikutan kes kehilangan terbabit mempunyai persamaan dgn kes kehilangan Asmawi iaitu mangsa gemar pergi ke cyber cafe (cc) selain hilang tidak jauh dari rumah...bapa mangsa Lee Kim Kiew, 40, berkata, kehilangan anaknya itu hanya disedari selepas Kim tidak pulang ke rumah selepas selesai bermain pada waktu petang...

Nama Penuh : Lee Kim Hooi
Panggilan : Kim
Umur : 12 Tahun
Jantina : Lelaki
Bangsa : Cina

Kronologi Hilang :
17-08-2008 (Ahad) - Mangsa, Lee Kim Hooi, 12, dilaporkan hilang selepas keluar bermain bersama rakan-rakan dengan menaiki basikal.

5.00pm - Bapa mangsa, Lee Kim Kiew, 40, berkata, kehilangan anaknya itu hanya disedari selepas Kim tidak pulang ke rumah seperti kebiasaannya selepas selesai bermain pada waktu petang.

7.30pm - Kim berjanji akan pulang awal ke rumah, namun sehingga jam 7.30 malam kelibatnya tidak kelihatan.

10.00pm - Bapanya yang pulang bekerja sekitar jam 10 malam bertambah bimbang apabila anak lelakinya itu gagal dikesan di sekitar kawasan perumahan. Cuba menghubungi telefon bimbit milik Kim itu, namun telefon berkenaan dimatikan.

Laporan Polis : Balai Polis Jinjang.
Hari Terakhir : Memakai kemeja-T coklat, seluar jeans pendek berwarna biru dan menaiki basikal.

Hubungi :
Rakan Cop : 03-2115 9999
Biro Aduan MCA : 03-21618044
PAS Wilayah Persekutuan : 03-40421559

P/S : Kebanyakan tauke CC kat bandar2 ni bukan boleh caya sangat, pernah ternampak seorang budak sekolah dibelasah penjaga CC gara2 menghentak mouse dan keyboard...

0 komen: