Selasa, Julai 08, 2008

Lelaki & Kereta Mancis...!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Aku ada menerima email mengenai fanatiknya seorang lelaki barat dengan kereta2 F1, tetapi ketaksuban beliau terhadap kereta berkuasa tinggi ini diterjemahkan di dalam bentuk yang lain... beliau telah membina replika kereta F1 dengan hanya menggunakan mancis, gam UHU (glue pelekat) dan getah gelang sebagai pengikat mancis...

Lelaki tersebut dikenali sebagai Michael Arndt, dipercayai ketaksuban beliau terhadap kereta F1 adalah dari sejak kecil lagi dan pernah bercita2 untuk menjadi seorang pemandu F1 namun tidak kesampaian... dengan kejayaan mencipta replika kereta F1 ini dengan menggunakan mancis, beliau telah diberi gelaran sebagai "Matchstick Man" atau Lelaki Mancis oleh Guinness Book Of Record...

Beliau telah menghabiskan masa lebih dari 6 tahun untuk membina replika kereta F1 dari jenis McLaren 4/14, dipercayai kos keseluruhan untuk membinanya mencapai 6,000 euro ($9,432) bersamaan dengan rm30,660... mula dibina pada tahun 2000 dan siap sepenuhnya pada tahun 2007, ianya kini dipamerkan kepada umum di tapak pusat pameran Guinness Book Of Record di London, England...

Mengikut catatan yang direkodkan oleh buku yang pengiktiraf kehebatan manusia tersebut, Michael telah menggunakan lebih daripada 956,000 batang mancis dan 1686 tube gam UHU... model gergasi itu juga telah mengorbankan kehidupan sosialnya selama 6 tahun, sepanjang itu jugalah beliau hanya menghabiskan masa di dapur rumahnya untuk membinanya selepas balik dari kerja dan juga pada hujung minggu...

Hebat betul sehingga memakan masa 6 tahun untuk menghasilkan model kereta, pada pendapat aku mungkin pada satu tahap beliau dah bosan dengan kerja2 ini semua dan meninggalkannya buat seketika untuk mencari mood baru... mungkin juga sumber kewangan yang menekan dan x mencukupi, mengakibatkan kerjanya tertangguh beberapa kali...

Hasilnya memang cukup detail dan sempurna dan kelihatan seolah2 seperti sebuah kereta F1, cuma bezanya ianya tidak berwarna atau dicat seperti kereta F1 yang sebenar... dan bahagian2 model ini juga boleh diasingkan kepada 45 bahagian sama seperti kereta sebenar F1, sekaligus memudahkan ianya dibawa kemana2 untuk menyertai pameran...

P/S : Suka melihat orang kuat semangat macam ni, ambil masa sampai 6 tahun dengan kos melebihi rm3ok... tu belum masuk kos keringat yang dia curahkan, kalau dihitung dari segi semuanya nescaya ianya lebih mahal dan bernilai berbanding kereta F1 sebenar...

4 komen:

S0mel83 berkata...

hurmm..kalo dh mat saleh ke minah saleh diorg mmg suker wat sesuatu tu smpi leh masuk dlm guinness book of record..selama 6 thn..fuhh..kental tul jiwa mamat saleh nih..xjemu2..tp kal0 org kiter..?? suker wat kejutan dlm s/khabar metro..huhuhu..sndiri pk lah..

S4y4n9 berkata...

salam..rajinnya mat saleh ni....kalau bakar satu banglow..dah leh dah paki mancis tu...ketekunan,sabar dan hasilnya....mendapat tempat dimata dunia

hanisya berkata...

salam....hehehehe....pembetulan ye..paki tu..pakai benonya.....hehe

samsul81 berkata...

ada tengok kat tv, tapi tak tau le plak buat dari mancis, maklumlah sekola tingi 18 tingkat, belaja bahasa perancis je, english lupa nak blaja, hakhakhak.