Isnin, Jun 30, 2008

Percayalah Ini Adalah Lukisan...!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Percaya tak yang semua gambar korang tengah tengok ni adalah lukisan semata2, ianya dihasilkan dari cat warna air (water color) yang biasa kita gunakan semasa zaman2 sekolah menengah dulu... ianya dihasilkan oleh pelukis tersohor Steve Hanks yang pernah diisytiharkan sebagai pelukis ke-6 terbaik di Amerika Syarikat, tetapi kemudiannya diangkat sebagai pelukis terbaik yang menghasilkan "Arca Hidup"...

Lukisannya sangat detail sehinggakan kita tidak dapat membezakan samada lukisan itu adalah realiti ataupun sekadar arca, tapi apa yang pasti arca ini sangat tinggi nilainya di dalam pasaran dunia lukisan dan berada di kedudukan teratas dalam kelasnya tersendiri di dalam kumpulan "Real Painting" untuk meninggalkan pesaing2nya yg lain...

Manusia diangkat sebagai objek utama juga dihasilkan dengan begitu sempurna, dari rambut hingga ke kaki kemudian sampailah ke pakaian semuanya begitu rapi dan teratur... latar belakang yang dipilih juga begitu hidup sekali, dari riak air tasik yang berkocak hinggalah buih2 air di pesisiran pantai... ianya dilakarkan dengan begitu indah, terhasil dari ilham yang sungguh berseni seperti mempunyai "gaia"...

Melihatkan gambar2 yang cantik dan indah ini, mengingatkan aku pada zaman2 sekolah menengah dahulu... pendidikan seni adalah subjek wajib diajarkan untuk pelajar tingkatan 1 hingga 3, walaupun subjek ini tidak ada dalam senarai peperiksaan PMR... pada ketika inilah aku boleh melihat beberapa rakan sekolahku yang sangat berbakat di dalam lukisan, aku sangat kagum melihat lukisan2 mereka yang sangat cantik dan sllu mendapat pujian rakan dan juga guru...

Tapi ketika itu corak sistem pendidikan yang tertutup, telah menyekat langsung kemahiran dan kreativiti mereka... kerana pada masa dulu sekiranya memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR, secara meritnya layak masuk ke kelas aliran sains... pelajar2 ini semuanya tidak dibenarkan mengambil subjek pendidikan seni, sebaliknya lebih fokus kepada subjek2 sains seperti, fizik, kimia dan biologi yang lebih bersesuaian dan wajib diikuti...

Secara tidak langsung kreativiti dan kemahiran mereka selama ini terkubur macam tu sahaja, salah satu sebab adalah kerana dikatakan menjadi seorang pelukis ini tidak mendatangkan hasil dan hanyalah perkerjaan sia-sia... tapi sekiranya bakat2 seperti mereka ini dicungkil dan digilap, nescaya sekarang ini Malaysia telah melahirkan seorang pelukis yang handal dan lebih berkreativiti dalam berkarya...

P/S : Teringat pesanan orang tua2 dulu, jangan lukis muka sendiri... pastu jangan beli patung besar2 nanti mintak nyawa (roh)... pernah dengar gak orang kate lukis muka orang adalah haram, betul ke?...

4 komen:

S0mel83 berkata...

dlm2 bnyk2 pic kt sebelah tu..den g0ma yg ateh skali tu..pic budak th melukih..yg tu nm tul2 real dr yg len sket..yg len ltr blkg masih nmpk lg cam lukisan..

Huda berkata...

tersentuh tol jiwa aku baca er... smpai tak jadi keje neh.. nnt sambung

hanisya berkata...

assalamualaikum....sya ader dengar gak nain....kata2 orang tua dulu seperti aper yang nain denga tu...tapi lukisan ni..memang cantik,kreatif,seni dan nmpak hidup je lukisan2 ni semua...kalau yang hasilkan tu anak malaysia..lagi besh kan??

Aku berkata...

Sekali imbas mmg mcm gmbr real, tapi mmg hebat pelukis ni. Teringat semasa p.seni zaman sklh dulu. Hampeh!