Khamis, Jun 04, 2009

Pengemis Moden & Teknologi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...


Pengemis?, yang terlintas di fikiran kita adalah golongan2 yang merempat di tepi2 jalan dengan pakaian yang contang-canting dan mengemis meminta duit dan makanan dari orang ramai.. tu tanggapan kita semua, tapi tahukah yang pengemis di Amerika Syarikat tidak mengikuti perkembangan semasa dan menggunakan teknologi terkini..

Macam kelakar bukan, tapi itulah hakikatnya.. baru2 ini majalah Wall Street Journal mendedahkan mengenai kehidupan pengemis2 yang tidak berumah di sekitar California, sungguh mengejutkan dan mengagumkan foto2 dan info yang diberikan.. apakah ini dinamakan pengemis moden, memang tak terlintas difikiran aku sebenarnya..

Pengemis 1 :

Charles Pits sedang duduk di bawah jambatan San Francisco tempat beliau tinggal sambil melayari internet unuk mengetahui info terbaru dan terkini, sambil melayari Facebook, MySpace & Twitter..

"Menurut beliau, tv, radio, surat khabar adalah tidak perlu, tapi talian wireless internet adalah paling penting.. ini adalah kerana, dengan adanya internet saya boleh melayari semuanya dan mengetahui isu semasa.."

Charles Pitts kehilangan rumah dan menjadi pengemis selepas jatuh bankrup pada 2 tahun lepas, sehinggalah beliau memilih bawah jambatan untuk tinggal dan meneruskan hidup.. beliau membeli sebuah laptop jenama Toshiba semasa mogok berlaku akibat syarikat itu dibeli oleh Dell..

Di Amerika, produk teknologi boleh didapati dengan murah akibat persaingan yang sengit.. selain itu, orang ramai terutamanya pengemis boleh mendapatkan laptop terpakai dengan harga yang sangat murah dan mampu dimiliki oleh mereka..



Pengemis 2 :

Skip Schreiber telah berusia 64 tahun dan merupakan juga seorang pengemis, beliau tinggal seorang diri di dalam sebuah van buruk yang dah rosak dan telah berkarat.. beliau juga gemar melayari internet untuk hiburannya dan youtube adalah salah satu hiburan utamanya..

Menggunakan laptop dan internet sejak 4 tahun lepas dengan adanya Wi-Fi percuma di sekitar bandaraya California, tetapi beliau tinggal di dalam van yang dilengkapi dengan generator diesel untuk menyalakan lampu dan mencas laptopnya.. beliau hanya perlu membelanjakan $4 untuk tempoh 5 hari untuk minyak diesel yang diperolehi dari kegiatan mengemisnya..



P/S : Hebat pengemis moden kini, tidak tertinggal dengan teknologi dan juga berilmu pengetahuan..

Selasa, Jun 02, 2009

Spesis Tikus Terbesar

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...


Berikut adalah senarai gambar2 sejenis binatang dari keluarga tikus, dipercayai ianya adalah dari spesis primat tikus yang terbesar sekali di dunia.. diberi gelaran tikus Tonkohvostaya, ianya tinggal di atas pokok seperti tupai dan hanya boleh didapati di sekitar kepulauan Luzon, Filipina..


P/S : Macam musang pun ada kan, tapi macam anak musang la, haha..

Rabu, Mei 27, 2009

Gambar Telur Burung Menetas

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Hari ni aku dapat banyak email berkaitan dengan binatang, tapi aku tertarik dengan email yang 1 ini mengenai burung bertelur biru yang terdapat di negara2 eropah.. aku pun kurang pasti apa nama burung ni, tapi yang menarik minat aku adalah kejayaan jurugambar merakamkan urutan gambar2 telur burung itu menetas..

Bermula dengan gambar burung betina mengeramkan telurnya, diikuti kemudiannya sebiji demi sebiji telur tersebut menetas.. sehinggalah kepada gambar2 ibu burung tersebut memberikan makanan dan perlindungan kepada anak2nya, tengoklah betapa binatang juga tahu menghargai kasih sayang yang perlu dicontohi oleh kita semua..


P/S : Tengok telur ni warna biru, teringat aku zaman kecik2 dulu suka cat telur ayam dengan color warna warni, haha..

Selasa, Mei 26, 2009

Banding Harga Barang Di Internet

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Keratan akhbar KOSMO bertarikh 26/05/09, so apalagi mari kita tengok apa hasilnya.. tapi jangan heranlah kalau masuk web kelolaan kerajaan ni, nak bukanya aje makan masa berjam sampai naik muak menunggu.. patutnya web seperti ni lebih mesra pengguna dan mudah untuk dilayari, bukannya menyusahkan pengguna..

Banding Harga 50 Barang Di Internet

PUTRAJAYA - Orang ramai kini berpeluang membuat perbandingan harga barangan tanpa perlu lagi keluar rumah pada setiap hari dengan syarat mereka mempunyai kemudahan Internet.

Apa yang mereka perlu lakukan ialah klik pautan pada portal www.smartconsumer.my atau www.pricewatch.kpdnhep.gov.my untuk membuat perbandingan harga 50 jenis barangan keperluan di pasar-pasar raya besar dan pasar basah utama di seluruh negara.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kemudahan itu disediakan bagi membantu orang ramai memilih premis yang menawarkan harga lebih murah.

"Ia juga menggalakkan persaingan sihat di kalangan penjual untuk berlumba-lumba menurunkan harga barang," katanya pada pelancaran kedua-dua perkhidmatan dua portal tersebut di sini semalam.

Bagi mendapatkan input harga barang, kementerian itu menggunakan khidmat 1,600 pemantau harga di seluruh negara bagi mengemaskini data secara harian.

Antara barangan yang tersenarai ialah barangan kering, beras, bahan minuman, minyak masak, susu dan teoung,


Langkah 1 : Masuk www.smartconsumer.my dan akan terpapar page seperti di bawah, kalau error tu korang pandai2 lah cuba sekali lagi.. bukan error sebab salah address, tapi error sebab kesesakan talian sebab traffic atau memang x mesra pengguna langsung web ni..


Langkah 2 : Klik pada PRICE WATCH yang aku dah boldkan dengan kotak merah pada gambar di atas, kemudian akan terpapar kandungan yang berikut..


Langkah 3 : Klik pada MASUK yang aku dah boldkan dengan kotak merah pada gambar di atas, kemudian akan terpapar kandungan Menu Utama..


Langkah 4 : Klik pada Semakan Harga yang aku dah boldkan dengan kotak merah pada gambar di atas, kemudian akan terpapar kandungan Menu Semakan Harga.. kemudian web memaparkan gambar peta semenanjung Malaysia mengikut negeri, setiapnya di tanda dengan jarum dan korang boleh pilih..


Langkah 5 : Aku memilih lokasi aku kat negeri Selangor, jadi akan terpapar seperti menu di bawah.. kemudian boleh pilih daerah mana berdekataan korang, aku pula memilih Shah Alam sebab Klang x de dalam senarai, haha..


Langkah 6 : Kemudian terpapar ruangan pilihan untuk Kategori Barang, aku pilih Ayam seperti aku dah boldkan di bawah.. akan terpapar pula ruangan ayam pada sebelah paling kanan dan seperti yang aku boldkan dalam kotak merah, kemudian tekan button paling bawah..


Langkah 7 : Berikut adalah hasilnya, haha lawak betul lah.. sebab belum ada rekod lagi, promote kat paper iya2 sangat.. tapi tu mungkin di Shah Alam kot, aku cuba pula pilih untuk daerah lain di Selangor, tunggu..


Langkah 8 : Aku ulang semula Langkah 6, tapi kali ni aku tukar ruangan Daerah sebelum ni Shah Alam jadi SEMUA Daerah, huhu.. lebih senang, x perlu aku nak cuba berkali2 untuk setiap daerah yang ada..


Langkah 9 : Hasilnya, haha memang mengecewakan.. rupanya baru nak diaplikasikan dan belum ada sebarang update pun di lakukan, kalau ikut laporan akhbar bukan main lagi memudahkan la ape lah kononnya..

"Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kemudahan itu disediakan bagi membantu orang ramai memilih premis yang menawarkan harga lebih murah".. tapi masalahnya pakcik menteri oi, apa portal web korang ni x update2 lagi..

Promote bukan main gah, siap kata dah boleh dilayari dan mula membandingkan harga 50 barang di hampir banyak tempat seperti di pasaraya, pasar, hypermarket dan macam2 lagi lah.. dari Shah Alam, aku pilih *SEMUA Daerah* tapi hasilnya tetap kosong juga..


P/S : Bukan menyenangkan tapi lagi menyusahkan adalah, dah la nak loading tunggu setengah jam.. menderita jiwa raga, haha..

Rabu, Mei 20, 2009

Kandungan Gula Dalam Makanan


Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Di sebabkan si AwgKu Pangeran 2-3 menjak ni sibuk kerja ke hulu kehilir, dia minta aku untuk updatekan blog dia.. tak kisah apa2 pun katanya, asalkan blognya update sebab dah 3 bulan jadi tukun tiruan.. jadi selepas aku selongkar habis blog dia ni, aku pilih label baru dengan tajuk 'Email Hari Ini' sebab aku tak pandai nak karang ayat macam dia..

Kandungan Gula Dalam Minuman

Apakah gula, gula merupakan sejenis pemanis yang telah digunakan oleh manusia sejak 2000 tahun dahulu untuk mengubah rasa dan sifat makanan dan minuman.. dalam kegunaan am, orang-orang yang bukan ahli sains menggunakan perkataan 'gula' iaitu sukrosa atau sakarosa yang merupakan disakarida berhablur yang berwarna putih..

Gula yang dibuat secara dagangan datang daripada pokok tebu atau pokok bit gula.. dalam senarai ramuan, mana-mana satu perkataan yang berakhir denga "osa" mungkin merupakan gula.. dalam istilah masakan, gula dikenali sebagai makanan yang memberikan rasa manis..

Gula Dalam Biskut/Aiskrim/Manisan

Gula ada 2 jenis, Disakarida dan Monosakarida.. monosakarida adalah gula ringkas menyimpan tenaga yang boleh digunakan oleh sel-sel biologi.. gula ini mempunyai satu molekul sahaja, contohnya Glukosa yang terdapat dalam dekstrosa dan gula daraj, Fruktosa atau levulosa terdapat dalam gula buah dan Galaktosa terdapat dalam susu.

Disakarida pula merupakan dua molekul yang diikat melalui proses pemeluwapan, iaitu proses perubahan jirim dari gas kepada cecair apabila disejukkan atau dimampatkan.. contohnya Sukrosa yang terdapat dalam gula pasir merupakan gabungan satu molekul glukosa dengan satu molekul fruktosa.. Laktosa yang terdapat dalam gula susu merupakan gabungan molekul glukosa dengan molekul galaktosa dan Maltosa yang terdapat dalam gula malt merupakan gabungan dua molekul glukosa.

Kandungan Gula Dalam Buahan/Sayuran
Kandungan Gula Dalam Sos Berperisa/Bijiran


P/S : Orang kata, kalau budak2 terlebih gula dia akan jadi hyperaktif.. tapi kalau terkurang gula jadi pemalas dan lemau, jadi kita perlu balancekan pengambilan gula untuk memastikan family kita dalam keadaan sihat dan aktif..